Saturday, October 18, 2008

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Entah apa lah mimpi aku hari nie tiba2 jer nak melawat satu blog yang pernah menjadi satu isu suatu ketika dulu. Walaupun si penulis taklah menapis2 cerita mahupun bahasa yang digunakan, personally kira menarik jugaklah citer dia. Boleh buat novel lagi.Wat a waste.

Tapi yang aku rasa tak puas hati lah, dalam few postings dia tuh macam dia merujuk pada aku lah pulak yang kepochi uar-uarkan kat satu Malaya kewujudan blog dia tu. Aduh... nak terkentut aku baca. Yang dia access blog guna LAN KPKT sebelum BTM block access to blogs buat apa. For sure lah Administrator terinterested nak ambik tau sedangkan sapa2 yang access web lucah pun Aministrator dah report kat Admin atau HR. Pastu yang suruh dia cabar Datin N on her claim dan tak declare status dia buat apa? For surelah segala pergerakan kau kena perhati.

Kalau kak Milah tak bagi tau aku langsung aku tak ambik tau pun. Kalau tak kena Mimi Loba baca dan ceritakan juicy stories tuh kat kiter2 org over lunch tak tergeraklah aku dan Cik Mya Mysara nak baca postings kat blog tuh. In short, sedangkan kami yang satu ofis ngan dia pun the last one to know.

Tapi aku perasan satu lah dengan budak nie. Dulu time dia punya status was a mystery, bdk2 office semua suruh aku tanya dia on the capacity aku senior PTD. Dr. P pun dok tanya aku apa masalah dia, sakit apa dia, kenapa body shape lain macam jak. Satu lagi kalau dia ada anak kat rumah kenapa balik lambat. U know situasi dia nie, macam tanya pun kena kutuk, tak tanya pun kena marah..

Silap aku, aku tanya dulu dgn member2 dia just nakkan kepastian. Alih2 aku pulak terperangkap dalam konflik/back stabbing dan psycho diaorang nie terutama sekali antara dia dan si Dayang Senandung. Tambah lagi dgn isu surat layang, gila pangkat dan office politics yang huru harare. Hey perempuan, kalau ko dengar cakap aku walaupun ko tak suka dengan aku, taklah HR saja-saja query ko punya maternity leave. U impose this upon yourself girl.

Aku rasa macam melepaskan anjing terperangkap aku pulak kena gigit anjing psycho tuh. Patutlah dia macam elak aku dan kalau tegur macam nak tak nak jawab. Kalau ajak berbual pun macam pedas sangat statement dia tuju kat aku. Takpa takpa, ko sorang jer kutuk aku tapi FYI satu KPKT kutuk kau..

8 comments:

SeMiN said...

Hmmm Jaime, marah betoiiii nie... apapun sabaqqqq!, cooolll! and steadyyyy! hehehe

rambomadonna said...

Aku marah secara bits and bytes jer... Physically waa rock steady....

jazmin said...

What a waste? U know what?


Aku tengah menghabiskan projek rahsia- my self autobiography. Barula korang tau citer sebenar kan?

Nantila kemunculannya di pasaran!
heehhehhehe

rambomadonna said...

yea... can't wait.

rambomadonna said...

Btw bukan semua orang yang nak ambik tau pasal kita nak jatuhkan kita. Sedangkan kawan baik sendiri pun hentam dari belakang.

rambomadonna said...

Btw bukan semua orang yang nak ambik tau pasal kita nak jatuhkan kita. Sedangkan kawan baik sendiri pun hentam dari belakang.

jazmin said...

kawan baik?
di kpkt? stahu aku, aku mana ada kawan pun :)

Kapas said...

mmm... tak faham langsung isu nih.. buat2 faham je la. kalau tak, tension pulak nak fikir2... (kataku sambil berlalu ke pantry)...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails