Monday tiba-tiba dapat memo from Khidmat Pengurusan JPN pasal dinner kat One World Hotel untuk farewell Dato' Seri Ong Ka Chuan and welcome Dato' Seri Kong Cho Ha. Eee... rasa macam malas nak pegi tapi Syuhana dah janji dengan Shah untuk meramaikan majlis and takde member so kesian la pulak ...
Masalahnya I kena work "lebih masa" sikit coz banyak IP, kompaun and surat rayuan developer atas meja yang tertunggak akibat fokus sangat kat taskforce yang tak MUDAH-MUDAH tuh. Jadi memang tak heranlah kalau i ala-ala PTD 48 yang rupa kerani 2-3 menjak nie. Nak balik rumah tukar baju takut jem pulak kat area One-Utama tuh. Then Syuhana suggest kitaorang buat makeover kat Bobbi Brown O-U. The idea is to divert perhatian orang daripada baju kitaorang yang ala-ala kerani cabuk kepada wajah kitaorang yang disolek secara profesional.. hehehe menarik ... menarik.
I memang dah lama nak mencuba kosmetik Bobbi Brown nie. I suka packaging dia yang simple tapi menarik. Tak tahulah mata orang tapi to me mcm Bobbi Brown range of colour pallete nie sesuai untuk Asian skin, solekan simple, focussing on menimbulkan glowing radiance lah ... But I jarang pakai mekap so I boleh project my inner radiance (malas sebenarnya) ... hehehe
Ni rupa before makeover
Ni masa tgh di makeover
Ni rupa selepas dimakeover
Gaya Pengerusi PUSPANITA ... sayang baju takde labuci ...