Thursday, January 12, 2012

The Learning Forest

Isnin lalu, penulis menghadiri mesyuarat di Taman Negara Teluk Bahang mengenai projek panel Intrepretasi dan kemudahan pelancongan di kawasan Bukit Batu Itam. Sebenarnya ini merupakan mesyuarat untuk memantau kemajuan projek di samping mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak yang terbabit akan masalah yang dihadapi. Beberapa minggu yang lepas, penulis dikejutkan dengan berita pekerja-pekerja kontraktor melarikan diri dari tapak projek ... bukan kerananya melarikan diri daripada operasi PATI tetapi gangguan mahkluk yang tidak sesuai digambarkan rupanya di sini.

Penulis setakat ini berpuas hati dengan kemajuan projek walaupun masih ada keraguan terhadap kurangnya elemen teknologi hijau dalam pembinaan kemudahan infrastruktur yang telah diluluskan. Sungguhpun begitu, penulis tertarik apabila ketua perunding panel Interpretasi yang dilantik daripada Universiti Putra Malaysia menggunakan terma "Learning Forest" dalam semua kertas laporan beliau.

Lantas penulis pun bertanya, "Profesor, is this Learning Forest the name of a firm?"

"No, it is a concept that we want to bring forward" balas beliau.

Terus penulis meminta izin untuk menjenamakan Taman Negara Pulau Pinang Teluk Bahang sebagai Learning Forest. Sebenarnya dari segi peribadi, penulis agak tidak bersetuju dengan apa-apa bentuk pembangunan yang dilakukan di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara. Sungguhpun taman negara diwujudkan bukan sahaja bagi tujuan penyelidikan, bahkan bagi maksud ekopelancongan, tetapi sebarang bentuk aktiviti manusia sekecil kuman sekalipun bukan sahaja mengganggu ekosistem malahan meningkatkan "carbon footprints' di kawasan tersebut.

Mungkin disebabkan tiada atau kurang hutan rimba untuk masyarakat Pulau Pinang mempelajari flora dan fauna, pembangunan di Taman Negara Pulau Pinang seperti dihalalkan bagi tujuan pendidikan dan riadah. Tapi agar tidak terjadi seperti kes Taman Botani dan Bukit Bendera, penulis tercari-cari hala tuju dan tema sesuai untuk mengawal pembangunan di Taman Negara Pulau Pinang.

Batu penyu
Batu buaya
Berbanding taman negara yang lain, Taman Negara Pulau Pinang tidaklah memiliki keunikan dari segi koleksi flora atau fauna, tetapi lebih menjurus kepada formasi alam semulajadi seperti tasik meromitik (tasik air masin dan air tawar  ... satu-satunya di rantau Asia), formasi batu yang berbentuk seperti haiwan, dan kisah lagenda masyarakat tempatan. Selain itu, terdapat pusat penetasan penyu di Pantai Kerachut.

Penulis bermain dengan anak penyu dari jenis Penyu Hijau (Chelonia mydas)
Gambar ihsan daripada MOTOUR Penang Office
Semasa penulis menuntut di Universiti Malaysia Sabah, penulis berpeluang menerokai Lembah Danum dan menyusuri Banjaran Crocker bersama teman-teman. Itu belum segala hutan belukar yang diredah semasa pegawai kadet PALAPES UMS. Terkasima sebentar penulis melihat ulat gonggok yang ya ampun besarnya  dan semut  yang sebesar anak lipas! Itu belum lagi babi hutan, gajah pigmi, payau, dan bermacam-macam tumbuhan pelik.

 
Jeti Pantai Kerachut

Muka Head -pertemuan Selat Sunda (keruh) dan Selat Melaka (biru)
Jadi, tidaklah penulis takjub sangat apabila menyusuri laluan denai dan trek di Taman Negara Pulau Pinang. Bagaimanapun Taman Negara Pulau Pinang merupakan satu-satunya Taman Negara persisiran pantai (coastal national park) di Malaysia.Cuma entah mengapa, apabila terpandang perkataan Learning Forest penulis mula membayangkan satu hutan simpan yang mana pembelajarannya hidup, santai tetapi informatif. Bermain dengan lagenda, maklumat saintifik, taboo dan kata-kata nasihat atas panel interpretasi yang dipasang di kawasan tertentu di laluan trek. Tajuk-tajuk seperti MORE THAN SEXUAL, THE BLOODSUCKERS ... pasti menarik perhatian pengunjung untuk terus membaca.

 
Sebenarnya penulis belum pergi lebih jauh dengan memperkenalkan QR Code (Quick Response Code) yang dipasang atas tag-tag yang dipasang pada pokok-pokok tertentu.Pengunjung hanya perlu mengimbas QR code ini ke dalam telefon pintar yang mempunyai pengimbas QR code dan maklumat berhubung spesies pokok, asal, kegunaan dan sebagainya akan dimuat turun ke telefon pintar sebagai rujukan. Sekarang boleh dikatakan telefon pintar memang sudah mampu untuk dimiliki dan mudah untuk dikendalikan.

Apa-apapun ... harap impian ini dapat dicapai suatu hari nanti.

2 comments:

norzah said...

Tidak hairan aku jik u dapat A+ dlm Bahasa, Rambomadonna. Sedap. lancar dan cantik susunan kata-katanya.

"Lerning Forest"maybe a good title for a short description of the Taman, but not alluring enough for the tourists. "More than Sexual" mungkin tak lulus saringan Jabatan Ugama. I'd go for something like Gallery of Nature's Art, Nature's Creativity, PopArt of Nature, Coastal Panorama etc. A friend of mine wrote an essay called Rendevous with Nature.

Anyway you're never short of creative idea yourself. So turn on the dream mode and rock along babe. See you in the ride.

rambomadonna said...

Thank you for stopping by Norzah... dulu selalu jugak dapat pujian dari guru BM sebab non Malay fasih BM, penulisan dan jugak komunikasi.

Maybe tajuk seperti Gallery of Nature"s Art tu kita boleh pakai di sub sektor within the Taman Negara ... I tgh kumpul data from Taman Negara utk identify vegetation based on location.

Masa i tolong my friend buat research di Danum Valley, I spoke to one researcher from Denmark. He was asking if I could design a program that could track spread of plant species by animals (pemakanan, spores etc)

I kata project tu tersangatlah besarnya for a undergrad like me. But I understand that spread of certain tanaman, especially yang berbiji, kita boleh identify pergerakan animals tertentu.

That was 16 years ago huhuhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails