Tuesday, January 3, 2012

2.0.1.2

Tiada perancangan sebenarnya nak mengisi ruangan blog ini yang telah lama "gersang" dengan berita terkini hiburan sensasi. Bukan tiada bahan untuk dijadikan nukilan tapi kekangan masa dan situasi penulis di mana kalau cerita banyak-banyak apa yang dibuat kat Penang ni, nanti dijadikan isu pula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab .. paham-paham sendiri lah yer.

Mungkin tahun ni bakal berubah sedikit pendekatan penulis. Penulis merancang untuk lebih aktif untuk berkongsi pengalaman dan pandangan memandangkan kontrak penulis mungkin berakhir tahun ini dan kalau disambung pun penulis tidak merancang untuk tinggal lama kerana penulis merancang untuk menimba ilmu di tahap yang lebih tinggi dalam bidang perancangan pelancongan. Penulis sanggup lepaskan peluang pada tahun lepas kerana penulis tidak mahu tersilap langkah tambahan pula, sepanjang 7 tahun penulis bertugas di Kementerian lama ... bidang tugas penulis skopnya sungguh besar dan banyak cabangan maka kalau nak buat Ijazah Sarjana ... penulis sendiri pun tak pasti mana yang harus penulis fokus.

Kalau fokus pengurusan projek - penulis bukannya berjawatan jurutera, kalau nak fokus pentadbiran tanah - penulis hanya terlibat dalam satu skop pentadbiran tanah. Kalau nak fokus berhubung pengurusan hartanah - itu bukan salah satu bidang PTD ... walaupun sepanjang penulis di KPKT ramai pegawai-pegawai senior menjadi kenalan penulis kerana masalah perumahan termasuklah pegawai khas kepada salah seorang pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Pokoknya ... bukan pokok kelapa sawit ... tiba-tiba rasa kelakar pulak kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ... "The tree is ..."

Pokoknya ... 2012 merupakan tahun di mana penulis berhasrat untuk mengembangkan pengetahuan intelektual dan akademik penulis. Semuanya bermula bila pakcik penulis meninggal tanggal 24 Disember lalu, beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penulis. Sebenarnya penulis lama terpisah dengan mendiang pakcik penulis dan hanya bertemu beberapa tahun yang lalu. Penulis tidak begitu mengenali beliau kecuali perjuangan beliau terhadap kaum Penan di Sarawak.

Tetapi mendiang pakcik penulis dan penulis sememangnya ada hubungan istimewa di mana kami sama-sama menghormati pengetahuan dan pandangan kritikal masing-masing. Kalau ke rumah mendiang, penulis memang akan ada "witty debate" dengan pakcik penulis. Terus terang, disebabkan mendiang pakcik penulis ... penulis memaksa diri membaca akhbar dan majalah isu semasa.

Semasa pra-pengkebumian mendiang, penulis agak terkejut bila ramai tetamu yang hadir merupakan golongan cerdik pandai, cendikiawan dan pendukung badan-badan bukan kerajaan yang terkenal di Pulau Pinang. Penulis pernah berurusan dengan mereka sepanjang bertugas di sini dan penulis seboleh-bolehnya cuba untuk mengelakkan diri daripada mereka. Mereka juga terkejut dengan kehadiran penulis dan ingin tahu apakah hubungan penulis dengan mendiang. Mungkin yang paling sukar untuk dipercayai ialah bagaimana 2 individu yang mempunyai personaliti berbeza mempunyai pertalian darah.

Jawapan penulis ringkas : "That side of the family tackle an issue by thinking and analysing too much ... but this side of the family who will get it solved and done".  Agak benar jugak ...

2.0.1.1 ... terus terang merupakan tahun di mana penulis mengesahkan sejauh mana keupayaan penulis mengendalikan satu jabatan, merancang program berkait pelancongan di satu negeri dan melaksanakan dasar negara di peringkat negeri. Terus terang penulis sangat-sangat berpuas hati dan 2.0.1.2 merupakan kesinambungan Bahagian Kedua siri pengembaraan kerjaya penulis di Pulau Pinang tapi seperti yang penulis janjikan ... penulis akan berkongsi pengalaman dan idea itu dalam blog ini, bukannya memendamkannya ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails