Pagi yang hening sebenarnya penulis sedang memerah otak mencari ilham untuk satu persembahan yang bakal dinamakan Five Elements Dance. Tarian ni penulis nak buat "first appearance" semasa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Pulau Pinang. Selalu sangat kita dijamu dengan persembahan kebudayaan yang hanya menggabungkan tarian dari 3 rumpun sahaja. Nampak sangat cliche. Walhal, yang membentuk masyarakat Pulau Pinang yang unik adalah pertembungan rumpun-rumpun yang bertemu, berasimilasi dan berinteraksi sama ada dari sudut sosioekonomi, agama dan budaya.
Membangunkan kembali seni dan budaya Pulau Pinang merupakan hala tuju penulis tahun ini. Penulis sedang mengkaji kesenian dan kebudayaan masyarakat yang unik kepada negeri Pulau Pinang sepertinya Boria dan Chingay. Golongan peranakan di Pulau Pinang pun berdasarkan pengetahuan penulis yang masih belum terlalu mendalam kemungkinannya satu asimilasi trend seperti K-pop, Reggae atau punk atau Taiwan Milk Tea ... tidak seperti golongan Peranakan di Melaka yang mana jiwa dan raganya sekali memang beralih "tempatan" (localise). Tapi please don't quote me ... itu hanya pandangan secara umum.
Maaf, penulis tidak berniat untuk melalut ...
"Five Elements" ini diilhamkan daripada prinsip fengshui (Wu Qing) - air, kayu, api, tanah dan logam. Kelima-lima elemen berinteraksi dalam satu kitaran di mana air menyuburkan pokok (kayu) yang menyemarakkan api yang akan terbakar menjadi abu (tanah) yang mempunyai logam yang melebur dan mengewap menghasilkan air (mineral water lah).
Dalam amalan fengshui, elemen-elemen ini saling berinteraksi dan memiliki sifat pemangkin, pemusnah ataupun melemahkan. Setiap satu elemen di atas dipercayai mengawal salah satu daripada aspek kehidupan kita seperti kekayaan, kesihatan, perhubungan, kerjaya dan sebagainya.Umumnya, sekiranya semua elemen ini wujud dalam carta kelahiran seseorang yang dinamakan Paht Chee ... kehidupan seseorang boleh dikatakan akan agak stabil/seimbang. Bagaimanapun, sama ada ia membawa kelebihan atau kekurangan (kaya atau miskin, sakit atau sihat) bergantung kepada perhubungan di antara apa yang dikatakan sebagai the Heavenly Stem or Earthly Branch.
Penulis hendak mentafsirkan hubungan sesama manusia itu ibarat kitaran 5 elemen di atas. Tanpa air pokok tidak boleh hidup. Tanpa api membakar kayu maka tidak wujudnya abu (tanah) ... dan seterusnya. Selain daripada itu, api yang terlampau marak jika tidak dijirus dengan air atau pasir akan mememusnahkan kayu yang jika terus musnah maka tidak wujudlah api nanti ...
Wah ... penulis tertanya bagaimanakah sang pereka tari akan menterjemahkannya ke dalam tarian, mengambil konteks masyarakat Pulau Pinang or Malaysia. Tak sabar rasanya ... sekali lagi ... tujuan penulis hanya mau membuang cliche dalam kesenian di sini.
2 comments:
Idea yang cukup baik dan mencabar imaginasi pereka tarian, RM ( Rambomadonna ya bukan ringgit Malaysia kecuali jika org punya nama mahu interpretasi yg kedua). i can imagine a ballet style dance portaying a lush tree with dancing leaves. Two big male dancers appear with a huge saw, making the tree panicky. The rain dancers appear to prevent the loggers from cutting fown the tree. They hesitate but put on raincoats. The fire dancers come in to makebthe loggers feel miserable. The earth dancers come in to gnaw at their feet and even the huge saw breaks up into its elements, the metal dancers ( the surprise element in the dance routine). The loggers therefore give up their evil intention and join the other dancers in a big finale.
How's that for an immediate response, RM? i'd love to spend a month planning the above dance routine though i know nothing about dances, hehehe.
Wow ... that is a very good idea Norzah ... boleh "dipinjam" ideanya sempena World Earth Day. Funny, tarian 5 elements you tu Norzah dah mula bermain-main di minda... Using ballet as the dance discipline memang sesuai untuk konsep u ni sbb ballet memang banyak bermain dengan feeling dan perasaan from the pergerakan penari dia. I semalam baru jer habis tgk movie Black Swan.
Tapi sayang I kat sini tak deal sangat dengan ballet dancers ... but ada group yang i nak groom into contemporary - or etnik kreatif type. Maybe kita boleh make it a reality nanti?
Post a Comment