Hari ini memang hari yang sangat istimewa. Sesiapa yang lahir hari ini hanya akan mengalami "penuaan" sekali dalam empat tahun. Hebat kan? Penulis pernah berangan nak kahwin pada tarikh ni ... jadi setiap kali tarikh itu tiba ibarat pengantin baru sekali lagi hahahaha (sayang tak pernah jadi kenyataan pun).
Maaflah sebab penulis mengambil masa 30 minit daripada waktu bekerja untuk mengarang nukilan ni. Bukan apa, hari ini penulis ada mesyuarat sepanjang pagi jadi tadi pening sikit lepas baca agenda. Biar terurai sikit kekusutan di minda ini.
Okaylah, di hari yang istimewa ini penulis nak berkongsi tentang hasad dengki. Kenapa? Sebenarnya topik ini bermain di minda penulis sejak pagi tadi ketika menghirup teh tarik mamak yang telah diadun dengan "resipi tambahan" dan menjadi kegilaan warga kota di pagi hari (hahahaha). Kenapa hasad dengki makin menular di kalangan masyarakat kita sekarang ni? Adakah tuntutan kehidupan yang semakin mencabar? Adakah sebab terlalu taksub dengan pangkat dan kekayaan? Adakah disebabkan harga minyak bakal naik lagi? Adakah disebabkan NKEA tidak mencapai sasaran? Atau saja-saja nak merasa hasad dengki sebab nak tukar mood? Hahaha ... apa-apa pun, manusia sekarang semakin pelik.
Macam-macam cara dan kaedah orang melaksanakan perasaan hasad dengki ini dengan jayanya. Ada dengan kaedah moden dan canggih (sebar fitnah melalui laman sesawang, rangkaian sosial, forum internet dan media massa). Ada yang melaksanakan dengan kaedah yang dramatik dan penuh suspens (buat demonstrasi jalanan, upah pembunuh upahan, simbah cat atau asid). Ada pulak yang menggunakan kaedah yang tradisional dan penuh mistik (hantar penuju, santau, sihir atau letak tangkal). Tak kurang juga yang melaksanakan perasaan ini secara psikologi (tahan kenaikan pangkat, mengaibkan rakan sekerja, menambah beban kerja).
Kadang-kadang penulis tertanya. Adakah sesiapa yang memiliki perasaan hasad dengki ini setelah melaksanakan segala kaedah di atas akan mencapai kegembiraan, kenikmatan atau kepuasan yang didambakan? Tidak takutkah balasan di akhirat nanti? Atau benarkah teori Charles Darwin iaitu "survival of the fittest" dalam The Origin of Species? Atau manusia pada zaman ini memilih untuk tidak mengakui kewujudan Tuhan atau Yang Maha Kuasa?
Nasihat penulis - bersukacita lah dengan segala yang telah dikurniakan dan diberikan kepada kita setiap hari. Kegembiraan adalah ibarat nasi kosong dengan kicap yang mampu membangkitkan selera yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata (tak dapat nak fikir perumpaan lain). Sentiasa beringat ... tak semestinya ada hari esok untukmu.
4 comments:
Hahahaha...tergelak dgn perumpamaan yg akhir tu- Nasi kosong dgn kicap. Mcm perumpamaan Karam Singh Walia- yg kadang2 macam aku tak pernah dgr. Anyway-Good One!.
Hello YY .... lamanya ko tidak komen blog aku ... sampai hati kau ya... Ya aku paham, kadang2 aku punya topik berat sangat sampai sakit kepala nak fikir kan. Itu lah, kita selalu fikir makanan yang mewah tu sedap tapi ada kalanya nasi kosong cecah kicap pun mabeles bah...
Wah, perkara berat yang diperkatakan kali ni, Rambomadonna. Hasad dengki manusia memang suatu gejala yg tak pernah difahami. Nak kata org miskin selalu jeles dan berhasad dengki pada org kaya, org kaya pun ada yg dengki pada yg miskin dan lemah. Org besar dan berpangkat tinggi ada juga yg dengki pada org bawahan, pd hal org bawahan itu tak pun memberi apa2 cabaran atau ancaman kpdnya.
I think hasad dengki ni ada hubungsn dgn sadisma dan satu sikap suka melihat org lain derita atau siksa. Saya lupa istilah psikologinya. You've highlighted the issue and have suggested a way to overcome it - by being thankful to God for what we have. Itu rasanya mmg sudah cukup. Tapi yg hati sudah rosak sikit digigit tupai atau pijajt2, mmg susah mau diubat.
Hello Norzah, memang benar. Hati yang sudah rosak digigit tupai atau pepijat memang sukar diubat. Insan-insan dalam kategori begini, khususnya yang sudah mencapai tahap sadisma kita doakan sajalah agar menemui ketenangan hati sebelum tertutup pintu syurga buat mereka.
Post a Comment