Thursday, December 11, 2008

A Garam Massala Day ...


0730-0800

Aku dah mulakan pagi yang hening dengan Mamak's Breakfast sambil membantu memajukan si Ali punya restaurant chains kat Pusat Bandar Damansara nie. Menu mcm biasa, teh tarik, nasi lemak bungkus and telor mata. Aku fobia nak makan makanan2 yang ada direct contact dengan tukang masak Ali Maju nie khususnya roti canai selepas menyaksikan pekerja2 dia buang air tak basuh tangan kat parking lot Blok B Aras 2A lot 39 ... tapi tuh yang buat people can't have enough of Ali Maju.

1000-1030

Aku menerima kunjungan Rajbeer Singh, legal executive for a former giant developer company. Dulu dia musuh ketat aku and Madam Yong. Tapi ada lah satu incident tu yang buat kami berbaik and aku pun ubah pandangan aku pada dia. Lagi lah when I told him my uncle is a Singh - married to my mum elder sister and love Northern Indian food lagilah dia seronok. Setiap kali jumpa aku mesti nak introduce dengan a very good Punjabi guy. So aku mesti letak syarat punya - min requirement Shah Rukh Khan, but preference Arjun Rampal. He just came back from Punjab, India and bought me some Bollywood souvenirs plus Massala Tea (my favourite) .. nak kena sorok from Joan and Mummy nie.




1230-1320

Masa nak dekat2 lunch semalam aku bukalah Facebook aku and tup... tiba2 keluarlah satu feed nie ajak Facebook members jadi fans of Surya ... pelakon Tamil yang tgh "ngetop" sekarang nie. Mcm tau-tau pulak aku tgh crazy over this guy and tgh tak puas hati dia kawin dengan Jothika ... kalau dia kawin dengan Asin ker boleh jugak aku terima. Aku pun layan ler kejap tgk gambar dia yang hot-hot. Aku kalau filem-filem Surya nie takleh miss lah setiap Deepavali sebab time tuh jer la aku tgk filem Tamil hehehe...


Delicious tak .. ni yang bahaya nak pandang lama2 nie. To Noorul and Syu, I know what u guys are thinking ...

1320-1400

Alamak, dok layan tengok Surya nie lupa pulak nak lunch. Keluar dari ofis macam ada suatu bau yang sangat menyelerakan. "Bau kari lah. Siapa yang makan kari nie? "cepat jer ayat tuh keluar dari mulut aku. Kuat pulak tuh. Tiba2 aku terdengar bunyi orang giggling ... Patut lah pun . The Enforcement Minahchis - Danamalar, Rathisri and budak Indian baru tengah makan lunch kat tempat Dana ... aku sendiri pun ketawa ... Aku turun lah ke bawah nak beli makanan, lapar beb. Mula2 tuh masuk KFC, sekali tgk line panjang sangat aku pun detour ler ke Dinar Maju, bagi Pak Dinar pulak maju. Mahal sikit, takde "perasa" tambahan dan nama dia kurang Malaysian tu yang dia kurang maju sikit dari Pak Ali.


1530-1545

Terima panggilan kecemasan dari Perumal pasal turkey for X'mas. Dia tanya aku nak masak turkey tu macam and masak kat mana. Aku tanya lah turkey tuh besar camana, boleh muat tak oven aku yang comel kat rumah tu and kenapa nak tanya masak macamana. Yang aku nak ketawa, ada lah suara-suara kat belakang uncle - sama ada Kitana atau Shantini. "Akaa, come and save the turkey. Nanti jadi kari ..."

1620-1630

Out of the blue aku terima panggilan dari buddy aku, Kapt Krishnan. Dia bagitau yang dia and sorang lagi member kitaorang, Sugan akan jumpa di KL. So dia nak jumpa aku, Nijah and zamala sekali. Huhuhu ... mesti gempak lah citer kisah2 lama Sabtu nie ...


Mie's Note: Balik kerja semalam baru perasan .... perkaitan insiden-insiden nie. Very the massala kan. Apa-apa pun I need to save the turkey malam nie, else ada orang kena makan Turkey Curry esok.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails