Tuesday, October 13, 2009

G ... Kekasih "Gelapku"

I have no intention to blog today but after forgetting to pick up my car from car wash which means terpaksalah naik teksi to work tomorrow, I think I need a place to pen my thoughts and unwind. This rare syndrom people is wat we call "Agnesia" ... Agnes juak dapat nama.

Tapi heran jugak ya, setelah bertahun-tahun, sindrom Agnesia ini kembali menghantui diri ini setelah Si Yoyop "mentioned" anak Encik Manogaran. Huh? Siapakah gerangan nya anak Pak Manogaran ini? Pernah kah "dia"menakluki hati ini atau mengisi mimpi-mimpi di malam hari? Macam pernah kudengar nama itu, tapi di mana ya!

Kulemparkan pandanganku ke jendela yang dihiasi dengan pemandangan Kuala Lumpur yang berjerubu. Sejerebu otakku di saat ini ... Tiba-tiba, satu persatu imej-imej bagaikan "flashback" memenuhi mindaku ... Aku dapat merasakan senyuman terukir di bibirku tatkala menghayati saat-saat itu.

Ya! Persis bait lagu Dayangku Intan dan Ramli Sarip ... " andainya dapat kuulang semula, suatu zaman yang bernama remaja". Kenangan di kala remaja memang hebat belaka. Biar saja kunamakan si dia sebagai "G".

"G" sememangnya antara teman-teman lelaki yang paling akrab dengan ku. Andai kata adalah kelas atau kuliah kami yang diambil bersama, takkan sahlah pagi di kelas itu tanpa kami menyanyikan lagu "Kuch Kuch Hota Hai". Antara kenangan-kenangan terindah antara aku dan G adalah apabila "G" tiba-tiba tak dapat dikesan apabila "black out". Masa tu selalu jugak lah black out kat bilik kuliah di Kampus Tuaran. So bagi mengatasi masalah tersebut, aku selalu berpesan bagi "G"... "G, kalau black out senyumlah seluas-luasnya supaya I boleh mengesan you". Yelaa, kalau black out, hanya giginya saja yang kelihatan.

Satu lagi kenangan terindah adalah apabila dia berjaya membeli sebiji kapcai hasil bagi tuisyen kat jiran-jiran dia kat area KKIP. Kami round KK-Likas-Menggatal-Tuaran-Inanam-Telipok selepas Merderka Celebration kat Tanjung Aru Beach sambil menyanyikan lagu "Shake Your Bon Bon" oleh Ricky Martin. Sungguhpun begitu, kadangkala hati ini merintih kerana dia akan memakai helmet full face yang hebat tapi wanita cun ini diberikannya helmet buruk. Tapi kadang2 tgh malam bila lapar dia suruh orang panggilkan (time tu tak semua orang memilik h/p) for a chapati or tosey at Sri Latha.

"G" walaupun setinggi 6' tapi dia takut sungguh dengan jarum. When we were in 2nd year, I terpaksa menemankan dia jumpa doktor untuk dressing luka akibat accident atas alasan, jika apa-apa berlaku kat dia I hendaklah uruskan "mayat" dan hartanya. Hmm, sebagai seorang sahabat yang setia, aku hanya mampu berkata "G, kalau hartamu setakat kapcaimu sahaja tak payah lah ko buat pesanan terakhir".

Tapi apakan daya ... "chenta" kami terhalang oleh kasta dan jenis darah yang tak serupa. Dia seorang anak yang taat dan akan menurut kata ibunya. Kalau "Meenachi" pilihan ibunya, "Meenachi lah pilihan G.

Anyway on a serious note, I met up with G again 3 years after we graduated and I started to work in Kuala Lumpur. "G" by that time was working with one multinational company in Penang as an engineer and driving "Proton Wira Executive". So, on Deepavali 2002 we planned to meet and catch up for old time sake.

Kenangan nie memang I tak akan lupa sampai bila2. I dah grand2 sampai kat Penang Airport and tau apa "G" pakai to pick me up? His old kapcai. Nasib lah I bawak back pack. Apa lagi both of us pain the city red dengan lagu Shake Your Bon Bon. "G" brought me to meet his mother and family in Farlim, not far from my grandparents home in Ayer Itam. Pressure jugak nak tunjukkan "kesolehahan" iteww... So masa Deepavali eve, me and "G" pun tolong mak dia buat kuih untuk Deepavali. Now I know why his mother love him so much ... tapi sayangnya masa itew hati ini sudah dimiliki orang lain yang tiada unsur Bollywood.

Cuma sedihnya... masa Deepavali Day he didn't come to pick me up at my house as promised. I called him over and over tapi tiada jawapan. Helmet buruk dia pun dia tak pernah datang ambik that after 6 years my auntie balik2 sindir "your friend's helmet, dia tak mai ambik kah". Funny jugak, if he didn't want to see me again say so ... tapi apa salah I? Kari I tak cukup masin ker? Dhal i tak sedap ker? I pun inginkan penjelasan.

I only knew the real story 2 years later. He contacted me via my email explaining to me that on that Deepavali night his mother felt sick (mum got diabetes) and fell into a coma. Few days later she succumbed to her illness and passed away. He was too distraught to explain to me as he only think about his mum.

Actually I dah lama tak contact "G", I still have his handphone number .... eh BTW suhaila, bukan nama bapak "G" is Sugumaran kah? Yang anak Manogaran ni siapa pulak?

16 comments:

white said...

gelap gelap pun sidak tok hensem juak..hehehehe

Si Yoyop Bah... said...

GUNASEGARAN. Hahahah. Tall, DARK, but is he Hensem?. Oh no...Tapi Jaime, bila cinta sudah melekat, gulai jawa rasa coklat. Lawaknya entri ni. Kalau dia senyum lebar, teringat aku gigi bwhnya yg agak j a r a n g. Jd engineer dah dia?. Ada satu ms, aku rapat dgn dia, tp ada satu masa, aku meluat dgn dia. Guna Guna...Speselnya ko smpai dibuatkan entri khas utk ko. Skodengla dia kat FB Jaime.

rambomadonna said...

White: You should meet him too. Masa di UMS dialah antara kawan2 lelaki paling rapat yang kalau tak tgk giginya tak ceria lah hari hahaha...

rambomadonna said...

Yoyop: Biasalah dekat2 nak deepavali jadi crita nie mesti akan teringat di minda.Ko tau lah kan aku dengan Guna dulu kamceng macam mana, kalau dalam kelas tak habis2 menyakat. Ingat dulu satu Sains Fizik dan Elektronik menyampah dengan dia pasal Persatuan Fizik dan Elektronik (PERSIFI)... diktator sungguh.

Masa kita dah kerja baru aku faham betapa rapat dia dengan mak dia Suhaila. Time tu mak dia dah sampai tahap kena inject insulin. Tapi aku tgk adik beradik dia yang lain memang tak pedulikan mak dia tau. Jadi tak heran lah depress betul time his mother passed away.

Abet said...

Tall Dark and Handsome.. cukup syarat lah tuh...

rambomadonna said...

Haa... apakan daya Zen, I am not a Letchumy, Meenachi or Tangachi. Alaa ... nya pun Balachi aku dolok2 ... ntah apa jadi ngan nya.

rambomadonna said...

Suhaila, lupa nak cakap. Pandai-pandai jak ko kata anak Encik Manogaran.

norzah said...

Jika Yoyop ingatkan u pada "G' cite u ingatkan i pada Letcumy. Memang itu namanya pun, puteri nangis waktu i dlm Form V dulu. Cikgu marah sikit nangis, kena usik-usik sikit nangis. Potongn badannya VC(voluptuious and curvaceous) -manis2 sitampuk manggis, sungguh hitam dipandang manis.

Suatu hari dia nangis kerana disakat hero dlm kelas. Aku pujuk dia mengatakan mata dan senyumannya lebih berseri dari mata dan senyuman Lee Choi Chee, heroine dlm kelas. Waktu hari muram (gelap), mata dan senyumannya mengilau meriangkan hati. Tapi kalau hujan (kalau dia nangis) hilanglah seri tu.

Dia terus jadi kawan erat, senyum selalu padaku bila sesuatu menggelikan hati berlaku dlm kelas.
Isy...sikit-sikit lagi aku nak potong jalan Lingam yg tertarik hati padanya. Kalau aku bukan seorang Prefect (Pengawas Pelajar), sudah tentu kena penumbuk.

Last aku dengar dia jadi doktor veterinary. Dia memang cukup penyayang. Aku masih terkenang-kenang pada nya tapi taklah begitu romantik macam cite u.

rambomadonna said...

Oooo... dulu ada jugak awek India yer hehehe. Saja jer pakai gaya bahasa novel penuh romantis dalam entri nie. Test market hehehe

sun ah said...

hahaha! those were the days..
aku ingat lagi ko ada pertimbangkan dia sebab dia 'tall, dark..full stop.
Kira 2 dari 3 points tuh kira kedudukan yang cukup selesa.

Tapi, apakan daya. Rupanya bertepuk sebelah tangan...part VC ko sudah layak, gigi pun penuh, kira boleh tanding gigi minachi...tapi kulitmu J Mie... kenapa cerah?

rambomadonna said...

hahaha ... suna, memang kunanti-nanti komen mu selain si yoyop... dua sahabat yang amat memahami kisah Bollywood ku dengan G yang penuh "tragis" ... adegan menari ada, adegan menyanyi pun ada, konflik "chenta" tak direstui orang tua ada, except babak lawan orang jahat ndak ada ... world peace maaa. Jangan2 aku yang selamatkan dia hahaha

Itu lah, sudah 3 tahun aku join Palapes supaya boleh gelapkan kulit ini, apakan daya belum mencapai tahap kegelapan yang diinginkan hehehe, sunburn lagi ada.

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha...Suna, mmg menyengat kalbu lah komen mu. Terbahak2 bila ko sbt psl gigi penuh. Best entri ni...Melarat2lah komen dari Tall, Dark, not hensem/ Full Stop sehinggalah ke kes Letchumy, bla..bla..bla...dan berakhir dgn gigi. I sensitif dgn "gigi" ni. Apa kata, ko buat pula entri psl empunya "gigi" yg ....u-no. kalau tak cukup hint, makan dgn kaki sblh atas kerusi. Mmg aku geram dgn ko dan nijah!

sun ah said...

j mie, rasanya cukup sifat sudah kisah Bollywood mu itu..waktu ko dipusakakan ngan kapcainya, bukankah dia 'bertarung' ngan jarum yg jahat..

Yoyop,..bukan gigi seja yg boleh jadi aset.. >:P

rambomadonna said...

hai yoyop... masih teringat lagi dengan abg K ker? Tu lah aku sudah kasi tau, jangan kau menilai seseorang itu daripada giginya ... tetapi hatinya...hahaha

suna ... u don't know the story hehehe

Si Yoyop Bah... said...

Pepatah melayu ada mengatakan, dari mata turun ke hati. Mcm mana perasaan chenta aku nak turun ke hati kalau dah fail kat gigi?.

Unknown said...

ok, so I need a translation so I can understand who "G" is and why his mother loves him so much.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails