Maaf lah yer .. lama dan lambat mengupdate blog kesayangan I nie. Untuk makluman, I gi Kursus Pembangunan Kepimpinan Untuk PTD M48 lantikan 1/2003 anjuran JPA dan Biro Tatanegara kat Kem Bina Negara Ulu Sepri dari 2 Mac - 6 Mac 2009. Sepatutnya lebih kurang 120 budak batch kita yang kena datang tapi yang melapor diri 81 orang.
BTW gambar kat atas tuh merupakan satu-satunya gambar yang dibenarkan kat kem tersebut. I think ramai yang tahu kan sekarang takleh bawa kamera atau telefon bimbit di sekitar kawasan kem selepas video kem tersebar melalui YouTube. Jadi akak pun takleh nak ambik gambar aktiviti2 sepanjang kursus.
Anyway, to me kursus nie macam reunion budak2 batch 1/2003. And sungguhpun kita satu batch tapi kita tak kenal semua and melalui aktiviti2 yang diadakan barulah I kenal mana satu ADO Tapah atau Pablo yang sering disebut2 oleh Ida. Itupun masih ramai yang macam first time jumpa plak hehehe. Seronoknya jugak dapat jumpa fellow bloggers mcm Olpicture, Zizie, and Hazel.
Then melalui kursus pun kita boleh nampak ramai yang dah berubah rupa dan fizikal, ramai bawak kete baru (dulu ramai Wira dan Kancil, sekarang ramai bawak Honda dan Toyota), ramai yang dah bertukar Kementerian/Jabatan/agensi,dan "ada" jugak yang tiada perubahan sama ada dari segi status perkahwinan, kereta dan Kementerian.
Among the women, dulu time awal kursus2 anjuran JPA bila malam jer call husband, boyfriend. Sekarang cakap dengan husband 30 second jer tapi cakap dengan anak setengah jam. Hehehe, dulu ingat lagi masa baru habis DPA kan ramai yang berkawin, topik utama among the girls jumlah hantaran, konsep perkahwinan, camana nak dapat anak cepat. Sekarang semua bertukar2 pandangan tentang kaedah merancang keluarga (pil perancang, implant dan IUD), isu maid, isu husband yang liat tolong isteri, dan pendidikan awal anak2. I yang belum kawin nie kena lah jadi "pencatat minit".
Kursus BTN kali nie taklah macam time DPA. They treat us with more respect and tak stressful sangat walaupun everyday our activity started at 5.30 am and ended 11.30 pm. Actually I rasa seronok sebab banyak belajar sejarah kenegaraan, my favourite subject masa kat sekolah dan uni. Mula2 tuh tak suka jugak dengan my fasilitator sebab masa ceramah tak nampak lah apa essence kuliah dia but when he handled our Latihan Dalam Kumpulan (LDK) lebih menjurus analisis sejarah, I suka pulak.
Tanpa I sedari, I tercerita banyak benda yang I learned from pembacaan dan tugasan time I kat RISIK. In fact whenever he asked us who, when, what and how an incident occured especially between 1943-1969 I participated actively. So masa break he asked me how come I know so much because some are not specificly mentioned or elaborate in the textbook. Oopsss ...
I think I pernah mentioned dulu in one of my old entry yang I memang pantang dikelilingi pokok2. Gosh! Kelebihan oksigen menyebabkan sukar betul I nak bukak mata. Pantang ada masa free, I mesti nak terlelap. In fact sampai jer kat rumah, I terus tido from 7.00 petang sampai pukul 9 the next morning.
OK to semua yang belum gi kursus nie, enjoy and learn something from it. Banyak yang kita boleh belajar other than listening to the ceramah. Contoh... just by talking to our friends and take some time away from stress at the office and home to reflect and think for ourselves for a change.