Hahaha ... tiba-tiba terasa nak mengekspresikan perasaan yang terbuku di dada dalam Bahasa Melayu (or Anglo-Melayu). Lama ya tidak menghasilkan sebarang nukilan.. Terasa janggal pulak nak menulis dalam 100% Bahasa Inggeris ... "feeling" dia lain sikit. Well, memang pun 2-3 minggu ni penulis seems to be under the weather ... biasalah kan "climate change" makin teruk sekarang ni.
Sepi tidak bererti "senyap" yer tuan-tuan, puan-puan, Dato'-Dato', Datin-Datin ... Terlalu banyak yang berlaku sepanjang penyepian ini. Kalau rajin menjenguk Facebook ... tau lah apa yang berlaku. Hehehe
Sepanjang bulan April, penulis sebenarnya sangat-sangat tertekan dengan penganjuran Malaysia Books of Records untuk Persembahan Boria Teramai. Untuk makluman, tekanannya bukan sebab ia adalah penyertaan pertama tetapi disebabkan penulis dan team penulis kena pecahkan rekod sebelum ini iaitu 2020 peserta. And then semasa meeting, pengelola bersama Festival Boria, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dah awal-awal bagi tau peruntukan tak mencukupi dan set minimum peserta 2500. Mula-mula penulis agak tidak berpuas hati juga sebab peruntukan Festival pun datang dari Kementerian penulis tetapi entah mengapa, jauh di sudut hati penulis ... ada seakan suatu suara yang mengatakan .... "Just Do It" (ok .... perasaan ini tidak ditaja oleh Nike yer)
Dengan hati yang masih ragu dan sedikit tidak berpuas hati, penulis teruskan jugak dengan penganjuran acara tersebut. In fact, if i know it is not going to be easy ... awal-awal lagi I surrender. Dengan keadaan politik di Pulau Pinang yang sedikit berbaur perkauman, dan di kalangan yang sama kaum pulak berbaur keagamaan (dan wang)... penulis teruskan jugak sebab someone must show what it means to be 1Malaysia. As expected, a certain group of people that supposed to support us didn't even care actually (after we supported their event). But we get support from groups of people that I least expected ... local medias ... tak kira lah mainstream, tabloid, commercial, free circulation .... they seemed lebih excited and wonder .... could it work? Heard this idea was mooted many years ago.
Secara jujurnya, in between, penulis juga menghadapi tekanan dari pegawai-pegawai atasan. Mesyuarat, laporan, taklimat dan macam-macam karenah yang buat penulis menaikkan suara dalam satu mesyuarat sebab with the type of pressure that we are in penulis would prefer seniors yang accommodating rather than commanding.
Tetapi suara ini masih bermain lagi di fikiran penulis ... "Stop arguing! Just do it"
Memang sangat tertekan mengenangkan hari-hari menjelang Festival Boria. Syukur, rakan-rakan sepasukan di pejabat pada tahun ini memang sangat bagus. Sengaja penulis tak bagi semua terlibat dalam perancangan acara untuk membolehkan beberapa pegawai menjalani kursus dengan tenang, menghadiri mesyuarat dan melaksanakan tugas-tugas hakiki. Timbalan penulis juga seorang yang sangat berpengalaman dan "wise".
Sesungguhnya penulis tidak menyangka Festival Boria 1Malaysia mendapat sambutan yang di luar dugaan. Kalau pasukan penulis tidak stop pendaftaran pada jam 8.30 malam. Maunya mencecah 4000 penyertaan malam tu. Kami setuju rekod 2811 peserta. Penulis dengan pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian menangis kegembiraan malam tu. Betul ... we were soooooooo happy and relief.
Kalau dibandingkan dengan semua acara yang penulis pernah anjurkan sebelum ini, acara ini kecil saja tetapi kepuasan dan tekanannya memang luar biasa. Bila penulis dapat tahu "kesengsaraan" yang Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian kena lalui selama 7 hari di lokasi acara ... baru lah penulis sedar mengapa penulis perlu main peranan supaya acara Malaysia Book of Records yang di bawah jagaan penulis perlu berjaya.
It was the heart of the whole festival.
Semalam masa di Perlis, penulis dapat tahu kemeriahan acara tu dah jadi topik hangat "other" Kementerian berbanding Kementerian penulis sendiri hehehehe sampai Menteri the "other" Ministry bangkit dalam post-cab (biar betul ... )
Anyway, this month pun pressure teruk jugak ... anyway ... Just Do It!