Friday, April 3, 2009

What A Day ...

My head still throbbing. Luckily today is Friday ... I love Fridays, and how I wish everyday is a Friday. Macam dah jadi ritual pulak I dengan Syu sekarang nie, Friday lunch break is our Girls Day Out. So the whole morning we get all our work done so that by lunch time .... boleh unwind kat mana2 our heart desire. Mcm boleh baca pulak fikiran masing2, today kitaorng nak makan lagi kat Sushi Groove @ 1-Utama.

Today, Noorul joined me and Syu for our outing. Sebenarnya the original Sisterhood of Lunch Break members nie Syu and Noorul. Then Syu pindah Blok B and Noorul pun sibuk sebab menguruskan anak yang dah mula bersekolah and selalu travelling, the sisterhood tu jadi tak aktif. Then myself and Syu selalu jumpa after office hours for dinners (kalau keje lewat) and kalau terlalu stress (for our bitching sessions hehehe ... one of the best way to destress). So pastu the sisterhood tu kitaorang aktifkan semula.



Tengoklah muka Syu dan Noorul yang tengah menghirup "miso" soup dengan penuh kesedapan. Hehehe ... Ida, sori yer, aku dah sampai TTDI baru kitaorang teringat kan ko. Takpe, nanti masa kita nak melantak kat Shogun aku kontek ko.





Nie je lah gambar-gambar yang sempat ambik, sebab makanan sampai jer kitorang terus dig in.

Keistimewaan Sushi Groove nie is makanan dia tak pricey sangat especially in the Japanese Gourmet category. Hari nie kitaorng order 3 bento set - Groovy Beginning (items are either baked and fried & salad), Tempura & Beef Set (lupa nama dia) and Kungfu Fighting (selection of sashimi, sushi and nigiri). Suasana restoran dimalapkan dengan hanya berlatarkan lampu dan dekorasi hijau. Hmm, tak rasa groovy pulak compared tu Yo! Sushi. So pada sapa2 yang nak try Japanese food tapi taknak makan yang ala2 sushi and sashimi, Groovy Beginning is a must try and highly recommended. Keseluruhan dining experience I bagi 4****.

Highlight of the day, kira2 pukul 4, Rajbeer ajak I date minum petang kat Ali Maju Bistro dengan Tuan Preetam (Timbalan Presiden TTPR). Sebenarnya I takde mood nak join them sebab I pening betul dengan laporan pemajuan tanpa lesen and satu kes yang kitaorng nak dakwa. But my gut feeling kata, jumpa jer lah. Rupa2 masa Tuan Preetam jadi legal advisor kat KPKT dulu dia yang selalu buat litigation. Patutlah banyak I selalu jumpa nama dia dalam kes-kes lama yang dah charge. Ingatkan orang lain.

Satu persatu dia guide me through some of the housing cases that I am dealing now and keputusan-keputusan mahkamah berkaitan dengan perumahan. Eeee... aku rasa nak peluk jer tuan Preetam sebab bukan aku nak kata LA sekarang tak bagus tapi dia pun baru so byk kes lama dia takde masa nak go through the historical background. Terus I buat appointment nak ambik citation kes2 tuh.

Sebelum balik, dia mintak tgk tapak tangan aku. Eeee, seram lah pulak. So tiba2 dia kata hmm, the next person that comes into your life will be the right one and I know how many children you will have. Masalahnya ... yang mana satu ???? Oppsssssssssss.............

Thursday, April 2, 2009

Thai Fried Rice For The Soul

I had series of headaches today after mobilising and giving orders at everyone in Meli style yang ala2 kuku besi tuh. Dijamin berkesan untuk buat keje jalan especially saat kritikal begini. I had no choice but to apply Meli's management style sebab my boss and my Dato' LA rely on me now after kena heret ke hulu dan ke hilir oleh Dato' KSU after PEMUDAH meeting. Semua gara2 satu email dari Tan Sri KSN himself semalam.

Well I have nothing to complain coz personally I knew deep down they had no choice. Plus kalau I jadi boss pun I want an officer that can assist and accommodate me, or make good and wise decisions in my absence. Anyway, I have sensed long ago that this tsunami is coming so awal2 lagi I dah task force kan semua kertas siasatan so that by the time PEMUDAH people start nak cari our kesalahan, all the IPs dah ada kat Unit Perundangan or dengan AG Chambers people. Kesian pulak I tgk Timbalan Pendakwaraya yang muda2 nie mencacai mendaftar kes semalam.

Ingat dulu bila some officers mengutuk I menyibuk tolong budak2 teknikal and pemantauan kewangan sebab honestly, I had no choice. If they don't or don't know how to do their work my team can't start issuing compound atau start prosecution on errant developers sebab siapa nak jadi saksi atau nak mengesahkan bukti. Sistem dan prosedur dah ada, cuma I kena expand and perbaiki sahaja.

Fuh... penat betul otak I by lunch. Hmm, nasib tak jadi Ketua Pengarah lagi (berangan!!!) Nasib baik Syu called sebab dia pun tgh sedih and stress. She need to get her problems out from her system ... so I ajak dia makan kat Food Garden @ Midvalley ... best2 jugak selection kat situ ... so today kitaorang pilih Lanna Thai - Thai Fried Rice. As displayed on the gerai board, this month, Thai Fried Rice nie ranking no. 2 kat gerai tu dengan jualan mencecah lebih 1200 pinggan.


Memang sedaplah Thai Fried Rice dia nie . Dari segi star rating untuk Thai Fried Rice I bagi 4 ****. Tgklah next time I makan kat situ lagi nanti I ambik gambar Pineapple Fried Rice dier, yang menduduki tangga teratas dengan jualan mencecah 2400 pinggan.

Wednesday, April 1, 2009

Farewell F4, Welcome F1

Never in my life, bangun awal pagi semata-mata nak tgk ending drama Korea online. Hehehehe ... bestnyer time2 kritikal nie broadband maxis coverage in my area pun dah marvelous. Memang berbaloi lah pengorbanan itu walaupun lambat gi ofis sebab terlena kejap lepas habis menonton. Eeee, masuk je lah mana2 forum tentang Asian Drama nie semua sedang hangat bercerita pasal Boys Before Flowers nie termasuklah my sunbae kat Durham, Re Soo Min (nama Korea dia) hahaha.

Re Soo Min sunbae, one of my friends once told me , orang-orang yang buat PHD nie most of them time live in their own world and deep in their own thoughts ... so sekali sekala tak salah layan drama Korea nie to expand your imagination hehehe


To my amazement bukan setakat Asian region jer tapi sampai Europe, Australasia and Latin America. Tgk mcm mana besar peranan fan sub group mengangkat martabat industri drama Korea, sebagaimana they did to Japanese anime. Hmmm ... out of curiosity ada ke tak orang fan sub kan drama Spa Q dan Natasha ke bahasa lain ...

Anyway, akak pun dok sibuk promote drama Starlit kat depa2 nie jugak, bagi up sikit drama Taiwan pulak. Anyway, F4 and BBF Korea nie pun bukan famous dalam acuannya sendiri. Nie pun sebab kejayaan Meteor Garden. I kureng sikit la drama Taiwan nie after Meteor Garden, except tahun lepas drama Bull Fighting lakonan Mike He and Hebe (S.H.E). Lagu2 dia best.

Rasa nak promote lah Starlit nie kat Miss Kang, asyik2 tgk drama Hokkien lakonan Taiwanese Ah Cheng jer.Mcm mana nak improve Mandarin gitu, aku takpe lah boleh cover sebab hybrid. Dia dah cop kat IC Kang Bee Leng hehehe ..

BTW, anyone tgk F1 kat Sepang International Circuit on 3 April - 5 April ? Aiyaaa... akak tahun nie tak dapat jadi gadis litar lah sebab kena korbankan weekend nie .. eeee

Tuesday, March 31, 2009

Mana Satu Harus Ku Pilih ???

This morning I reached office at 7 am, hati dah membuak-buak nak tengok episode 24 with subs Boys Over Flowers yang dah diupload kat Arashi. Pada masa yang sama rasa nak sambung jugak tgk Starlit Episode 8 sebab dah sampai part Ah Yue confessed his feelings to Xiao Lu tapi ...

I dah buat janji manis kat Dato' TKPO dan betting dengan Dato' LA that the investigation paper siap dengan charge paper akan siap hari nie jugak ... tak kira lah daylight saving kah, gempa bumi kah, tsunami kah it will siap ...

then ... teringat pulak arahan Tan Sri KSN yang maklumat unlicensed housing development dia nak by next meeting PEMUDAH dan setakat nie tunggakan 47 cases yang inherit dari officers dulu-dulu baru 6 dah aku siap investigation paper. Nie pun tgh sedih bila baca fail2 tuh, banyaknya tak dibuat dulu-dulu. Eeee... even kes aku yang baru kat Muar tuh pun aku dah siap geledah dan with IP kat Dato' LA in 3 months.

Mampu kah aku siapkan semua tuh sedangkan hati ini merintih nak settlekan "kertas siasatan" I on what happen to Joon Pyo and Jan Di ... adakah ia akan berakhir dengan kebahagian? Aarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...

Moga esok menjanjikan kebahagiaan buatku ... (huhuhuhu ... ayat sastera gilerrr)

Sunday, March 29, 2009

Life Filled With Drama

Semuanya gara-gara Boys Over Flowers dan semuanya pun berpunca dari Boys Over Flowers ...

Hehehe ... emo pulak bunyinya. Actually hari Rabu hingga Jumaat last week luar biasa sibuknya at my office gara-gara Task Force meeting dengan PEMUDAH and dalam meeting tu Tan Sri KSN bagi arahan2 yang buat I kena unpaid overtime. Tu semalam tiba2 rasa nak jadi couch potato bantai tgk drama Korea to destress. Sedey nyer, BBF episod 24 with subs will only be available on tuesday next week sama ada kat Viikii, Arashi atau EpDrama.

So I check lah kat WikiDrama kot kot ada drama Korea yang sedang hangat di pasaran sekarang nie kat stesen Korea lain like MBC and SBS. Memang ada a few lah like Cain And Abel (SBS) and East of Eden (MBC) .... eee tapi I tak berapa minat lah heavy drama begini to destress. Anyway, I pun belum explore sepenuhnya ... kalau top rating mesti best kan?

Tiba-tiba masa check website mysoju di baru jer upload satu drama Korea called Princess Ja Myung Go (PJMG) and classified as HOT! Tgh airing sekarang on SBS since 10 March 2009. Wat attracts me I pun tak tahu. Tapi drama Korea genre historical and romance yang paling last and best I tengok pun Jewel In The Palace.

I pun try tgk lah dulu episod 1 dia kat EPDrama. BTW sinopsis dia klik sini yer. People, i rasa nie memang akan jadi hit lah. Kalau baca sinopsis memang lah macam cerita sejarah tapi yang nie dia pakai konsep flashback. Drama started dengan cerita Prince HoDong dan Princess Ja Myung a year after the fall of NangNang kingdom. Then pastu dia flashback lah how the fall happen and why Princess La Hee betrayed her country.

In short after watching 2 episodes I memang impress dengan cinematography and creativity production team in making cerita historical begini bukan mcm biography. You will noticed some similarities dengan Chinese/Hong Kong historical-martial art movies. Historically, ancient Korean kingdom memang banyak influence from China especially during Han Dynasty reign.

I pun checkout on wikipedia and found out that Nangnang kingdom (also known as Lelang Commanderies) was among the four commanderies installed by the Chinese Han Dynasty before it fell to the Goguryeo. So the story nie was based on those period lah. Sayang, the modern site of the ancient Korean kingdom locations as mentioned in the drama is in Pyongyang, North Korea. But if it a hit like Jewel in the Palace and Winter Sonata, I am sure banyak location penggambarannya akan jadi tourist destinations lah.


Yang tak bestnya, only 2 episodes of PJMG so far yang dah diupload kat mysoju and Viikii site. So tak dapatlah akak nak destress sepenuhnya. Jadi tiba2 teringin pulak nak tahu apa jadi dengan hero BBF Taiwan @ Meteor Garden, Jerry Yan. Sebenarnya I nie allergic dengan Jerry Yan coz ia mengingatkan I pada seseorang hehehe. So seboleh-bolehnya I cuba elak tgk gambarnya atau dramanya atau movienya. Nie pun satu lagi drama yang dikategorikan oleh mysoju as HOT! But of course, its a Taiwanese drama but heronya tu yang associate dengan BBF.

Nama drama nie Starlit (synopsis click here) and tgh air kat ASTRO pun channel 324 bagi sapa-sapa yang ambik Emperor Package lah.Baru habis tgk episode 1 and I suka his performance in this drama, kurang kontrol hensem hehehe. I tgk kat YouTube jer so ni link dia K. OK lah nak sambung tgk. Pas ni nak cari pulak drama baru lakonan hero BBF Japan @ Hana Yori Dango, Jun Matsumoto bertajuk Smile ....

Related Posts with Thumbnails