Monday, March 16, 2009

The Trip Home

I spent my whole weekend in Penang "My Second Home", underwent vigorous food therapy starting from Char Hor Fun (upon arrival) at Pulau Tikus area, followed by my favourite moi and "kicapless" Wantan Mee in Penang Street the next morning. Then my dad bought fresh white promfret and senangin which I later steamed it in Teochew style for lunch and dinner.... fuh panjang pulak mukadimah ...

I guess hawker food in Penang are heaven coz the ingredients they use are fresh especially the seafood. Bukan apa, everytime I followed my dad to street market belakang Chowrasta I memang excited lah nak borong semua ikan kat situ. Boleh nampak lah beza nya ... Though kat sini I kadang2 get my wet ingredients from Pasar Borong Selangor, kesegaran ikan dia memang tak sama dengan wat I get here in Penang Street market.

So balik KL i decided to shed a few "grammes" by going back using alternative way. Normally, sampai Pudu Raya I will take an LRT train to Bukit Jalil Station, then from there I will take a taxi to my apartment in Fortune Park. Problem is kadang2 taxi driver taknak pegi tat area atas alasan jam and susah nak dapat penumpang. So they tend to charge more tanpa guna meter ... which irks me. Total cost from Pudu Raya to my home by this route is RM 1.90 (LRT) + RM 15.00 (Taxi) = RM 16.90.

Masa first pindah to this area, benda pertama I buat ialah identifying the bus route, nearest LRT/komuter station, taxi drivers numbers and nearest police station. Selain stesen LRT Bukit Jalil, another station paling dekat adalah stesen komuter Serdang (which also nearer). Tapi kena tukar train lah kat stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Since I arrived awal yesterday I decided to follow this route.

Sememang Tuhan memang mahu I shed more than just few grammes. Sampai jer kat Pudu, hujan rintik2 and since my bus berhenti luar Pudu Raya, I had to "jog" about 20 metres to Pudu Raya then walk about 20 metres to LRT Plaza Rakyat. Dahlah time tuh bawa laptop and small weekend bag. Kebetulan ramai pulak students (sebab semua bawak laptop) balik ke uni dari weekend break I guess. Hmm ... takpe lah. I pun kan rupa student ... hehehe.

Apabila train sampai kena berasak-asak pulak dengan orang ramai yang maybe menghala ke arah Sri Petaling. Perjalanan ke LRT Bandar Tasik Selatan taklah lama, about 20 mins. Tapi ingatkan tak ramai orang turun kat situ, bila pintu train bukak jer ... I think separuh passengers turun. Time tu rasa menyesal plak tak bawak kad Touch "n" Go. Then I pun mulalah perjalanan I ke stesen komuter just next door.

I malas naik komuter sebenarnya sebab kalau dibandingkan, 3 tren LRT dah melepasi tempat tu barulah tren komuter sampai. Bila sampai pulak, penuh dengan student2 dan org ramai yang baru balik shopping kat Mid-Valley. But anyway .. I am not a "virgin" when it comes to berasak2 kat stesen2 LRT and Komuter nie .... habis semua skill ragbi keluar.

Bak kata pepatah, bersakit-sakit dahulu ... bersenang-senang kemudian. Sampai kat Stesen Komuter Serdang I dapati tambang teksi ke my area dah ditetapkan RM 8.00 sebab diuruskan oleh a consortium. Siap masa nak masuk taxi kena escort dan pintu dibukak lagi hehehe ... So total cost guna route B nie ialah RM 1.70 (LRT) + RM 1.00 (KOMUTER) + RM 8.00 (Taxi) = RM 10.70. Beza sebanyak RM 6.20.

Kesimpulan daripada eksperimen di atas ialah balik ke rumah guna Route B tidak akan memberikan perubahan signifikan kepada berat badan anda kecuali penat dan jimat RM 6.20 hehehe ...

P/S Semin ... ada macam student PHD punya paper tak ?


Inginkan gaya hidup yang lebih sihat? Maklumat lanjut di sini.

Saturday, March 14, 2009

Run Forrest Run

Yesterday Syuhana and I had another SJP moment over our long lunch break. Since it was unplanned so we had to make do dengan our PINK kaler office attire ... kebetulan pulak sama2 pretty in pink semalam. So our destination this time, The Curve.

Earlier that morning I terbaca about Bubba Gump Shrimp Company (belongs to NAZA Group) ada bukak 3rd outlet kat Sunway Pyramid. Wah dah 3rd outlet but dia punya first outlet kat the Curve pun I tak try lagi. Sebelum nie I adalah baca2 review tentang restaurant nie but tak terbukak hati nak try. So when Syu ajak for SJP moments I suggested we checked out this place.



Most of the dishes in the menu are seafood, in particular shrimp lah. But dari segi penamaan menu to the deco semuanya dari filem Forrest Gump. Upon arrival kami disambut dengan penuh mesra oleh staff kat situ yang rupa mereka ala ahli kumpulan Peter Pan. Before we made our order, diaorang explained lah kalau kitaorang belum nak order atau nak privacy ... we flip the signage to Run Forrest Run. Kalau kitaorang perlukan service atau nak order, we flip the signage to Stop Forrest Stop.

Menu-menu dia pun boleh tahan tahap kolestrol nya. But who cares? Anyway, montok tuh lah cantik. Cuma nak kena bagi montok kat tempat yang betul jer huhuhu ... kena pakai korset lah pas nie. For today's outing, kitaorang order Calamari Rings, I'm Stuffed, Lotsa Lava and Bluberry Smoothie. Oooo .. kalau diikutkan sinful indulgence nie, nak jer order mud pie and strawberry shortcake nyer yang sungguh lazat iteww... nasib Friday so makan pun kena dengan penuh beriman.


Ni Calamari Rings dia ... personally I rasa I have tasted better rings at one Thai restaurant in Kota Bharu and some seafood restaurant tepi pantai somewhre dekat Sepang Gold Coast area. Cuma dia add deep fried capsicum/chillies dip in batter lepas tuh bila kita perah jus lemon, the combination of the calamari rings, chilies and lemon juice memang heaven.


Sebelah kiri blueberry smoothie, belah kanan Lotsa Lava - coconut milk smoothie mix with raspberry. Dua-dua pun meletop!

Ni pulak menu dia bernama I'm stuffed. Memang stuff lah lepas makan this dish. It is actually, big shrimps with crab ball in creamy cheesy sauce with herbs served with jasmine rice. Halfway makan baru teringat nak ambik gambar.

Masa menunggu menu tiba, dia punya Peter Pan wannabe waiter datang lah bagi kuiz kat kitaorang. Soalan2 nya berdasarkan filem Forrest Gump ... I suka movie tuh but sebab dah lama tak tgk so tak dapatlah nak jawab soalan2 dia dgn kecekapan Aras 4. Kalau olpicture mesti boleh jawab semua soalan, even sebelum soalan habis ditanya...

Kesimpulannya makan kat situ memang best sampai korang pening2... Sesuai la untuk peminat seafood tapi in western style. Quite pricey lah sebab seafood kan mahal. An alternative to Manhattan Fish Market. That day we spent a total of RM 93.50. Keseluruhan akak bagi 3.5 ***

P/s balik tuh terserempak dengan seorang foreigner, belah2 uzbek rasanya, duduk kat tkt 14. Handsome banget .. tall, segak,fair mata sepet and penampilan mcm model. He was staring at me ... huhuhu ... rasa semput menahan nafas nak cover perut. Nyesal ... nyesal.

Tuesday, March 10, 2009

Akak Frust ....

Tau tak... I sambung balik tgk Boys Over Flowers (Korean version) kat YouTube since balik BTN. Walaupun in between those time kena attend my friend's wedding, join Sam's office karaoke outing and then our own karaoke/shopping kat Ikea session ... masa-masa yang terluang I habiskan menonton episod2 yang tertinggal ... sampai rumah tak dikemas, baju tak dibasuh semata2 nak menghabiskan drama nie.

Pastu makin lama makin mencabar nak cari episod yang ada sub-title. Problem is makin lama, makin best citer tuh. Nie pun in between uploading tgk2 jugak meteor garden untuk cari persamaan dan perbezaan. Trust me, the korean version is totally awesome.

Korean nie memang aku salute lah kalau buat telenovela yang penuh dengan konflik, mainan perasaan, ekspresi and cute boys yang poyo ... huhuhu. Cuma aku sakit hati tgk fesyen pakaian actors/actresses yang ntah apa2 ... so called designers lah ikut standard depa ... Having said that kalau nak dibandingkan baju Jerry Yan kat Meteor Garden mcm beli kat Mydin la pulak(ahaksss).

I have reached episode 18 and kalau ikut beberapa website yang I dah checkout, kat KBS2 TV pun baru air setakat episod 18 ... huhuhu lama lagi lah aku nak tunggu arashi nak sub episod 19-24. Arashi sunbae ... cepat2 lah sub dan share episod2 tuh ...

Anyway, to Adz ... memang berbaloi lah kalau ko stay back kat office semata2 nak tgk citer nie kat YouTube ... bagi lah laki ko jaga anak2 ko tuh dalam tempoh "kritikal" nie hehehe ...

... on H2O


I sebenarnya bukan nak citer pasal air. Yang I nak show off tuh water dispenser dier jer ... comel tak? I "terbeli" bende nie time temankan Syuhana belikan hadiah untuk budak2 PKS dia last week. Tak mahal pun, RM 29.90 jer kat Action City, Gardens Midvalley ...

Tak sangka kan 8 glasses of water sebanyak ini rupanya. Anyway, demi maintain "sexy" akan kugagahi juga .. Mangsa aku on sumber airnya ialah Fauzi, my EO. Dia nie kat office my upline CNI so dari tahun Mac 2008 sehingga Mac 2009 dok promote lah CNI Water Life nie ... tapi aku nie very jahat punya downline (merangkap boss). Hari2 lah Fauzi kena isi dispenser tuh dengan air Water Life daripada rumah dia hehehe ...

Nanti kalo korang jumpa aku nanti, jangan terkejut tgk wajah aku yang MAKIN berseri-seri dan menawan sehingga memancar-mancar cahaya keimanan. Tak perlu nak taubat2 (teringat dengan Pak Syed, fasilitator BTN, bila dia kata kalo orang wajah hodoh tuh suruhlah dia cepat bertaubat).

Sunday, March 8, 2009

The New Mie????


Maaf lah yer .. lama dan lambat mengupdate blog kesayangan I nie. Untuk makluman, I gi Kursus Pembangunan Kepimpinan Untuk PTD M48 lantikan 1/2003 anjuran JPA dan Biro Tatanegara kat Kem Bina Negara Ulu Sepri dari 2 Mac - 6 Mac 2009. Sepatutnya lebih kurang 120 budak batch kita yang kena datang tapi yang melapor diri 81 orang.

BTW gambar kat atas tuh merupakan satu-satunya gambar yang dibenarkan kat kem tersebut. I think ramai yang tahu kan sekarang takleh bawa kamera atau telefon bimbit di sekitar kawasan kem selepas video kem tersebar melalui YouTube. Jadi akak pun takleh nak ambik gambar aktiviti2 sepanjang kursus.

Anyway, to me kursus nie macam reunion budak2 batch 1/2003. And sungguhpun kita satu batch tapi kita tak kenal semua and melalui aktiviti2 yang diadakan barulah I kenal mana satu ADO Tapah atau Pablo yang sering disebut2 oleh Ida. Itupun masih ramai yang macam first time jumpa plak hehehe. Seronoknya jugak dapat jumpa fellow bloggers mcm Olpicture, Zizie, and Hazel.

Then melalui kursus pun kita boleh nampak ramai yang dah berubah rupa dan fizikal, ramai bawak kete baru (dulu ramai Wira dan Kancil, sekarang ramai bawak Honda dan Toyota), ramai yang dah bertukar Kementerian/Jabatan/agensi,dan "ada" jugak yang tiada perubahan sama ada dari segi status perkahwinan, kereta dan Kementerian.

Among the women, dulu time awal kursus2 anjuran JPA bila malam jer call husband, boyfriend. Sekarang cakap dengan husband 30 second jer tapi cakap dengan anak setengah jam. Hehehe, dulu ingat lagi masa baru habis DPA kan ramai yang berkawin, topik utama among the girls jumlah hantaran, konsep perkahwinan, camana nak dapat anak cepat. Sekarang semua bertukar2 pandangan tentang kaedah merancang keluarga (pil perancang, implant dan IUD), isu maid, isu husband yang liat tolong isteri, dan pendidikan awal anak2. I yang belum kawin nie kena lah jadi "pencatat minit".

Kursus BTN kali nie taklah macam time DPA. They treat us with more respect and tak stressful sangat walaupun everyday our activity started at 5.30 am and ended 11.30 pm. Actually I rasa seronok sebab banyak belajar sejarah kenegaraan, my favourite subject masa kat sekolah dan uni. Mula2 tuh tak suka jugak dengan my fasilitator sebab masa ceramah tak nampak lah apa essence kuliah dia but when he handled our Latihan Dalam Kumpulan (LDK) lebih menjurus analisis sejarah, I suka pulak.

Tanpa I sedari, I tercerita banyak benda yang I learned from pembacaan dan tugasan time I kat RISIK. In fact whenever he asked us who, when, what and how an incident occured especially between 1943-1969 I participated actively. So masa break he asked me how come I know so much because some are not specificly mentioned or elaborate in the textbook. Oopsss ...

I think I pernah mentioned dulu in one of my old entry yang I memang pantang dikelilingi pokok2. Gosh! Kelebihan oksigen menyebabkan sukar betul I nak bukak mata. Pantang ada masa free, I mesti nak terlelap. In fact sampai jer kat rumah, I terus tido from 7.00 petang sampai pukul 9 the next morning.

OK to semua yang belum gi kursus nie, enjoy and learn something from it. Banyak yang kita boleh belajar other than listening to the ceramah. Contoh... just by talking to our friends and take some time away from stress at the office and home to reflect and think for ourselves for a change.
Related Posts with Thumbnails