Tuesday, January 10, 2012

Mencari Semangat Yang Hilang ...

Semalam seorang teman rapat penulis bertanya melalui khidmat pesanan BBM ... 

"Uolsssss ... jadi ke nak buat Music In The Park tu?" 
Penulis menjawab selamba, "Jadi ...."
Teman bertanya lagi, "Bila nak buat? Berapa kali nak buat dalam sebulan? Konsep dia macam mana? Hari apa nak buat?"

Teman penulis mempunyai niat yang sangat baik, iaitu membantu penulis untuk mempromosikan acara-acara yang dianjurkan oleh Pejabat penulis. Ditambah lagi dengan menjadi impian penulis dan teman penulis untuk memperkenalkan lebih banyak acara yang bersifat 1Malaysia ... kontemporari ... dan paling penting .... "segar dari ladang"

Tapi kadang-kadang dengan peruntukan kewangan yang belum diterima, dasar sedia ada berhubung penganjuran acara bagi 2012 di peringkat negeri masih samar-samar, penulis merasakan soalan teman penulis sangat meletihkan minda hahaha. Salah satu tips yang dikongsi oleh penulis The Happiness Projects, Gretchen Rubin, Act The Way I Want To Feel ... kita selalu ingat kita bertindak mengikut perasaan kita, tetapi sebenarnya perasaan kita banyak dipengaruhi oleh tindakan kita. Contoh: jika kita buat sesuatu yang baik pada hari ini seperti membuat orang tersenyum atau ketawa, kita akan merasa gembira betul tak?

Jadi pagi ni, dalam usaha mencari semangat yang hilang ... terpaksalah penulis merasa bersemangat untuk mencari ilham untuk acara Music In The Park tu.

Hmmmm ... Ni lokasi acara ... dapat bayang tak apa yang boleh nak letak kat tempat lapang ni?

Ni jalan nak menuju ke kawasan lapang tu. Agak cantik jugak kan?
Ini pula facade nak masuk ke laluan masuk ke kawasan lapang tu.
Gambar ni tiada kaitan dengan lokasi acara sebab terlampau letih nak fikir dan nak naikkan semangat bekerja penulis terpaksa membayangkan makanan ini ... huhuhuh

2 comments:

lelakiterindah said...

hehehe letih minda ke uolssss ermmm

rambomadonna said...

Dekat-dekat nak gi Bangcock tiba2 semua letih ..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails